Salam sejahtera.
Tanggal 19 Jun 2011 merupakan hari yang bersejarah buat bapa-bapa seluruh dunia. Ok, mungkin sebahagian besar dunia. Hari ini adalah hari dimana seperti hari-hari yang diwujudkan untuk menghargai sesuatu, seperti Hari Ibu, Hari Guru mahupun Hari Jumaat. (ini bukan lawak. sila jangan gelak. serius.)
Hari Bapa. Mungkin dalam kalangan kita ada yang sudah kehilangan bapa, tetapi itu bukanlah satu sebab untuk menghalang kita dari menyambutnya. Dan aku bersyukur, bersyukur kepada-Nya, yang bahawa Ayahku,
Abdul Jalil Bin Abdullah, masih lagi dipanjangkan usianya, diberi nikmat kesihatan kepadanya, diberi ketenangan hidup oleh Allah SWT.
Alhamdulillah.
.
p/s: Dengan ini, saya mengishtiharkan, Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa, ayah-ayah, abi-abi, papa-papa, atau apa-apa sahaja, tidak terlupa juga kepada bakal bapa. SELAMAT HARI BAPA!