Rabu, 13 Julai 2011

Lower Our Gaze.

Suatu hari, di dewan makan universiti di Jepun, terjadinya satu perbualan yang agak menarik. Perbualan ini berlaku antara Saudara A dan Saudara F.

Saudara A: Aku tengok kau ni, selalu jalan pandang bawah. Boleh aku tanya kenapa?

Saudara F: Ustaz aku pernah berkata, salah satu cara untuk menjaga pandangan adalah dengan mengalihkan pandangan. Jadi, untuk mengelak dari membuat zina mata, aku berjalanlah dengan pandang ke bawah

Saudara A: Wah, Bagus sungguh anda!

Saudara F: Cubalah amalkannya. InsyaAllah berkesan.

Saudara A: Kalau jalan pandang bawah tu selalu aku buat kat tanah air, tapi kat sini tak menjadi la.

Saudara F: Kenapa?

Saudara A: Kalau aku pandang bawah, mesti nampak kaki aweks-aweks kat sini.

 Saudara F: ...


.



p/s: marilah kita bersama-sama menjaga pandangan! ^_____^

Khamis, 7 Julai 2011

Wau.

Suatu petang di hadapan perpustakaan, berdirinya dua orang lelaki. Seorang berbangsa Vietnam, dan semorang lagi berbangsa Malaysia. Mereka berdua kelihatan resah sekali. Mungkin kerana ada masalah perut agaknya.

"abis tu, ,sekarang ni nak buat macam mane?", tanya lelaki Vietnam, sambil menggaru kepalanya.

"entah. redha je lah kot", lelaki berbangsa Malaysia tadi membalas, dengan mengangkat kedua bahunya.

Setelah diselidik, rupa-rupanya mereka mempunyai masalah untuk membuat laporan. Dan laporan itu harus dihantar petang itu juga.

Wau. Memang tidak dijangka, betapa sukarnya ujian Allah. Ini baharu sahaja ujian di dunia. Belum lagi di Akhirat sana.

Ya, amat sukat.

Akan tetapi, Allah telah berfirman, bahawasanya Dia tidak akan membebani hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu untuk memikulnya.


.


p/s: jangan lupa tengok papan kenyataan. mane tau kalau ade pertukaran kelas ke....x de la kelam kabut macam tadi...

Selasa, 5 Julai 2011

Tersedar.

"Huagh~~~"*bunyi menguap.
"Dah pukul berapa ni?", dengusku seorang diri, dalam hati.

0304. Itulah waktu aku tersedar pagi ini. Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan nyawa oleh Yang Maha Esa. Hari ini tersedar sedikit awal dari biasa. Mungkin kerana tertidur awal semalam.

Pagi ini merupakan pagi yang indah; burung gagak berkicauan, semut bernari-narian, cengkerik bersiulan, dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Ya. Sungguh indah alam di pagi hari.

Bangun pagi. Sesuatu perkara yang nampak mudah, dilihat sangat senang, namun melaksanakannya amatlah sukar. Penulis yakin dimana ramai dalam kalangan pembaca yang mengalami masalah bangun awal. Bak kata housemateku, langkah pertama adalah langkah yang paling sukar, terutamanya ketika bangun tidur.

Oleh itu, apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan untuk bangun awal?

Apa yang patut kita lakukan sebelum tidur? Apa yang harus kita lakukan semasa hendak bangun dari tidur? Dan apa yang mesti kita lakukan semasa tidur?

Klik sahaja 'disini'. Penulis ada kerja yang mahu dilakukan.

p/s: dah bangun pagi ni, apa kata isikan pagi ni dengan benda yang ada pekdoh, yedok?