Khamis, 7 Februari 2013

Emosi

Manusia itu menjadi istimewa daripada makhluk-makhluk yang lain atas beberapa sebab. Antara sebabnya ialah manusia punyai emosi. 

Tanyalah kepada sesiapa pun, semua orang mempunyai emosi; selagi mereka manusia. Emosilah yang menggerakkan dunia. Emosi lah yang menjadikan kita punyai perasaan. Emosi jugalah yang membuatkan hari-hari kita penuh dengan warna-warna.

Sudah pasti jugalah emosi itu sesuatu yang kita sukar untuk kawal. Secara tiba-tiba kita merasa sedih, muram, dan tiba-tiba juga kita merasa bahagia dan tersenyum sendirian. Sungguh sukar untuk mengawal emosi. Cara yang terbaik adalah untuk menyembunyikannya. 

Sembunyikan emosi. Berlakon. Senyum. 

1 ulasan:

alin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.