Jumaat, 23 Mac 2012

Hobi. #2

Dulu hobi aku adalah melihat orang lain bermain permainan video (baca: video game). Ya, memang diakui tidak ramai antara anda semua yang merasakan hobi ini menarik, bahkan mungkin antara anda ada yang memikirkan bahawa hobi seperti ini adalah satu pembaziran masa. Itu hobi semasa aku masih dibangku sekolah.

Setelah meningkat usia, baru aku faham, permainan video bukanlah untuk dilihat, ianya dicipta untuk dimainkan. Dihabiskan semua peringkat (baca: level). Dilengkapkan.

Aku cuba untuk memenuhi keperluan seorang pemain permainan video tegar. Tidak tidur malam semata-mata untuk menghabiskan beberapa peringkat. Menghabiskan wang untuk membeli permainan. Bersengkang mata semata-mata untuk menguasai permainan video tersebut.

Tanpa disedari, keputusan peperiksaanku mulai jatuh. Jatuh bagaikan nangka busuk. Sedangkan nangka busuk pun jatuh lebih ayu dari keputusan peperiksaanku.

Mulai dari saat itu, aku telah berjanji dalam diri. Pasang tekad orang kata. Berjanji yang aku tidak akan lagi menjadi seorang pemain permainan video yang tegar, mahupun yang kuasa (baca: power). Asal reti main sudah.

Itulah sebabnya aku tidak pernah menang jika bermain permainan video. Mahu-mahu permainan yang berteraskan bola sepak.


.


p/s: alasan. sesiapa pun boleh buat. tetapi, pandaikah kita menggunakannya?

7 ulasan:

alin berkata...

Alhamdulillah anda kini pulang ke pangkal jalan

-kura- berkata...

perubahan itu perlu, dan paling payah sebenarnya untuk preserve perubahan tersebut.

alin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zulaikha zuhayra sabri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zulaikha zuhayra sabri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
alin berkata...

oi update lagi blog kau nih. bosan aku.

alin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.