KEKOSONGAN JAWATAN :
A. Ahli Syurga
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A) :
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, seksi, hensem atau berbadan tegap.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2.
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut
kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Perkenalkan namanya Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud
begini:
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang2
yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat : "dari arasku tidak
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : "dari arasku
tidak ada jalan masuk".
Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : "dari arasku tidak ada jalan masuk".
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-
kebajikan :" di bahagianku tidak ada jalan masuk".
Maka malaikat berkata kepadanya : "Duduklah kamu". Sambil memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : "Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu : "Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : "Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang
Maka berkata mayat itu: "Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku
Maka malaikat berkata kepada mayat itu : "Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah.
Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"
TIPS :
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini....InsyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan