Sabtu, 8 Disember 2012

Teaser #1

Nantikan kemunculannya.

Selasa, 4 Disember 2012

Tidur

Tidur. Perkara yang wajib, dalam erti kata yang lain, mesti dilakukan oleh setiap manusia yang bernafas.

Selamat malam.

Rabu, 10 Oktober 2012

Semester

Begitulah hari-hari yang dilalui oleh pelajar-pelajar aliran kejuruteraan di sini. Siang ke kelas, malam di perpustakaan. Malam tidur bertemankan jurnal, siang bertungkus-lumus dengan latih tubi dalam kelas. Memang tidak lari dari rutin begini.

Hanya kadang kala pergi mengeteh, berfutsal dan berwayang bersama rakan-rakan. Dipendekkan cerita, sibuk sungguh.

Tetapi dalam kesibukan kita sehari-hari, janganlah dilupa tujuan utama kita ada di dunia ini. Tanpa kebenaran Dia, manakan berlaku semua perkara.


Ahad, 16 September 2012

Bahasa Ketiga

Sudah hampir sebulan setengah aku berada di tanah airku ini. Ah, sungguh pantas masa berlalu!

p/s: I can't speak Japanese anymore. This is bad. Really bad.

Khamis, 30 Ogos 2012

Eid Mubarak.

Eid Mubarak. Selamat Hari Raya. Ianya mempunyai maksud yang sama, cuma cara sebutannya sahaja yang berlainan.

Sudahkah anda mula berpuasa enam?

Selasa, 8 Mei 2012

Lama

Salam sejahtera.

Ah, sudah begitu lama rasanya tidak menulis. Dah lupa rasanya bagaimana perasaan menulis, bagaimana rasanya membaca penulisan sendiri, bagaimana menilai penulisan orang lain. Ya, memang begitu lama.

Dah lama rasanya tidak berkaraoke. Dah lama rasanya tidak menyanyi. Dah lama rasanya tidak berkarya.

Senang dikatakan, sudah lama tidak berbuat apa-apa. Yang tidak berfaedah.


.

Jumaat, 23 Mac 2012

Hobi. #2

Dulu hobi aku adalah melihat orang lain bermain permainan video (baca: video game). Ya, memang diakui tidak ramai antara anda semua yang merasakan hobi ini menarik, bahkan mungkin antara anda ada yang memikirkan bahawa hobi seperti ini adalah satu pembaziran masa. Itu hobi semasa aku masih dibangku sekolah.

Setelah meningkat usia, baru aku faham, permainan video bukanlah untuk dilihat, ianya dicipta untuk dimainkan. Dihabiskan semua peringkat (baca: level). Dilengkapkan.

Aku cuba untuk memenuhi keperluan seorang pemain permainan video tegar. Tidak tidur malam semata-mata untuk menghabiskan beberapa peringkat. Menghabiskan wang untuk membeli permainan. Bersengkang mata semata-mata untuk menguasai permainan video tersebut.

Tanpa disedari, keputusan peperiksaanku mulai jatuh. Jatuh bagaikan nangka busuk. Sedangkan nangka busuk pun jatuh lebih ayu dari keputusan peperiksaanku.

Mulai dari saat itu, aku telah berjanji dalam diri. Pasang tekad orang kata. Berjanji yang aku tidak akan lagi menjadi seorang pemain permainan video yang tegar, mahupun yang kuasa (baca: power). Asal reti main sudah.

Itulah sebabnya aku tidak pernah menang jika bermain permainan video. Mahu-mahu permainan yang berteraskan bola sepak.


.


p/s: alasan. sesiapa pun boleh buat. tetapi, pandaikah kita menggunakannya?

Jumaat, 2 Mac 2012

Jiran



Salam Jumaat.

Dulu jiranku selalu berkata,

"Kehidupan ini diibaratkan seperti sebuah kapal, dimana kita sendiri yang mengemudi kapal tersebut. Kita sendiri yang menentukan kemana kapal itu berlayar dan dimana kapal itu berlabuh. Itu semua terpulang kepada kita sebenarnya." -jiran-

Dan sebulan selepas itu, beliau ditangkap kerana penyalahgunaan dadah.

Mungkin masa dia bagi kata-kata hikmah ini, dia sedang tinggi (baca: high).


.


p/s: dah masuk bulan Mac rupanya. laju betul masa berlalu.

Selasa, 28 Februari 2012

Indah.

Lake Ashi, Hakone
p/s: Yokohama tidak ada kunior baru masuk. dang.

Ahad, 5 Februari 2012

Peperiksaan.

Perperiksaan. Perkataan yang selalu kita dengar. 

Sebagai seorang pelajar sepenuh masa, aku sering mendengar perkataan ini. Bila tiba hujung semester, mulalah terhegeh-hegeh nak belajar, terhegeh-hegeh nak berubah jadi baik, terhegeh-hegeh nak mencari Tuhan. 

Sedangkan bila bukan waktu peperiksaan, suruhan Tuhan semua dilupai, buat perkara ikut sesuka hati, perkara yang wajib didahulukan, tidak didahului. 

Apa nak jadi. 


.


p/s: buhsan juga bila kita nyah-aktifkan muka buku ni...

Isnin, 30 Januari 2012

Mudah alih.

Blogger.com sekarang ini menjadi semakin mudah. Kini para blogger boleh menaik tarikh (baca: update) blog mereka dimana-mana sahaja!


.


Ahad, 29 Januari 2012

Gitar #2

Pada suatu hari yang indah, pagi sabtu seingat aku, aku berjalan-jalan di taman. Orang kata, kalau jalan-jalan di taman, boleh luaskan pemandangan. Jadi aku membuat keputusan untuk meluaskan pemandangan aku yang semakin sempit ini.

Grennng, grrrrengggg, greeeeeeeeng...

Terdengar pula bunyi gitar. Dengan menggunakan deria pendengaranku, aku mencari dengan sepenuh tenaga, dari mana bunyi itu berbunyi. Kulihat kekiri, kulihat kekanan, tiada apa. Yang ada hanya cuma pohon-pohon yang berguguran daunnya.

"Mungkin pokok-pokok ini yang main rasanya", bisikku dalam hati. Pencarian bunyi gitar ini membuatkan aku sudah hilang waras.


Petikan dari 'Aku Seorang Pendengar Gitar'.