Jumaat, 16 September 2011

Ranchang.

Ya.

Ini bukanlah satu perkara yang remeh. Peranchangan adalah salah satu perkara yang tidak dapat kita lari dalam hidup kita. Tanpa peranchangan, apa yang dibuat semua tak jadi. Malah ada kata-kata pujangga yang mengatakan bahawa jika kita gagal untuk meranchang, maka kita meranchang untuk gagal.

Peranchangan dibuat melalui pelbagai cara. Ada dengan cara bermesyuarat, ada ikut suka hati, dan tidak kurang juga ada yang menciplak ranchangan orang lain. Sebenarnya tidak ada cara yang spesifik untuk membuat peranchangan. Ikutlah kreativiti masing-masing.

Apa-apa pun, kita hanya mampu meranchang, dan hanya Dia yang membenarkan.


.


p/s: sedang membuat peranchangan masa panjang. moga-moga berhasil.