Satu Syawal. Hari kemenangan kepada semua Umat Islam, yang berpuasa penuh. Hari dimana Ramadhan, bulan yang pernuh dengan barokah meninggalkan kita.
Hari ini juga hari dimana bergemanya takbir raya. Hari bertemu sanak saudara. Hari bertemu semula dengan sahabat lama. Juga hari bertemu dengan sesiapa saja.
Hari ini juga ramai orang sibuk untuk meminta. Bukan meminta sedekah ataupun kerja. Hanya meminta maaf sesama mereka. Maaf dipinta, maaf diberi. Semoga ikatan silaturrahim kita terjalin rapi.
Eid Mubarak.
.
p/s: demam bukanlah alasan untuk tidak menyambut hari raya.
Selasa, 30 Ogos 2011
Sabtu, 27 Ogos 2011
Rindu
Ah. Nak dekat-dekat dengan raya ni, rindu lupa aku dengan rumah kedua.
Ok. Si dia sekali.
.
p/s: menghitung hari-hari terakhir Ramadhan. Sedar tak sedar sudah nak habis.
Ok. Si dia sekali.
.
p/s: menghitung hari-hari terakhir Ramadhan. Sedar tak sedar sudah nak habis.
Khamis, 18 Ogos 2011
Pulang.
Balik. Pulang. Kembali. Beransur. Kelik.
Itu adalah perkataan-perkataan yang digunakan untuk melambangkan perginya kita ke suatu tempat yang bernama rumah (home).
Sehingga ketemu lagi. 26 September 2011. InsyaAllah.
.
Itu adalah perkataan-perkataan yang digunakan untuk melambangkan perginya kita ke suatu tempat yang bernama rumah (home).
Sehingga ketemu lagi. 26 September 2011. InsyaAllah.
.
Isnin, 15 Ogos 2011
Belajar Melihat Dunia (1)
Semalam hari Ahad. Cuaca amat baik, walaupun sedikit panas. Aku bosan, oleh itu aku terus mengambil langkah drastik untuk keluar berjalan-jalan melihat pemandangan sekitar bandar yang aku tinggal.
jika di Malaysia, ini dipanggil beca.
ok. she's cute.
penghibur jalanan. menghiburkan para penonton dengan aksi-aksi mendebarkan.
Kehebatan penghibur jalanan tersebut membuatkan para penonton tidak dapat menutup mulut mereka.
Penat barangkali.
Yokohama Marine Tower
Itu sahaja gambar-gambar yang sempat diambil. Aku bukannya pandai sangat ambil-ambil gambar. Lainlah macam MADZUH.
.
p/s: post bergambar pertama.
True. True.
Tengah sedap-sedap mendengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus, dengan tiba-tiba, aku terdengar satu kata-kata hikmah,
Nafsu
tidak boleh
dan
langsung sama sekali tidak boleh
ditundukkan
dengan Nafsu.
Dan berdasarkan contoh yang diberikan oleh Ustaz, serta pengalaman-pengalaman aku sebelum ini, ternyatalah kata-kata hikmah ini betul.
.
p/s: kena packing. nak balik tanah air. Khamis. Tata.
Jumaat, 5 Ogos 2011
Dilema Buah Tangan
Buah tangan. Ada yang kata buah tangan ini penting. Ada juga yang mengatakan ia hanyalah satu cara untuk menyogok orang lain, dan ada juga berpendapat bahawa ianya adalah satu perkara yang sia-sia.
Ada yang memandang serius dalam memilih buanh tangan. Dan tidak kurang juga yang hanya memandang enteng mengenai perkara ini.
Ada yang berpendapat yang buah tangan harus mesti benda yang si penerima suka, malah ada juga yang berpandangan si penerima akan menerima seadanya buah tangan itu, tanpa memikirkan apa kegunaan buah tangan itu.
Salam Ramadhan.
.
p/s: sedang bermuhasabah diri, untuk menjadi insan yang lebih cemerlang dan gemilang bukan setakat di dunia, malah di akhirat sana.

Selasa, 2 Ogos 2011
Keadaan.
Jam menunjukkan 3:13. Azan berkumandang. Segala puji bagiNya kerana memberi peluang untuk aku bersahur.
2 Ogos 2011. Cuaca agak sejuk, walaupun ditengah musim panas. Agaknya ini adalah salah satu kesan pemanasan global gamaknya. Atau ini adalah satu nikmat yang diberi olehNya, agar mudah untuk umat Islam di sini mengerjakan salah satu rukun Islam; berpuasa di bulan Ramadhan.
Segala puji baginya.
Oh, ya. Dah Ramadhan rupanya. Baru sedar.
p/s: maaf kerana lama tidak atas tarikh (update). Biasalah, minggu exam.

Langgan:
Catatan (Atom)