Khamis, 3 November 2011

Picture of Friday.

Senyum.
and also The Word of The Day:

SMILE.


.


p/s: senyum itu satu sedekah. senang-senang je dapat pahala.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Eksperimen 1 (sambungan)

Keputusan:

Pelajar tidak bangun pagi.

Pertimbangan:

Tidur adalah sesuatu yang diperlukan oleh sesiapa sahaja, tidak kira anda masih belajar ataupun sudah berkerja. Tidur yang baik bukanlah terletak pada quantiti tidur tersebut, tetapi pada kualiti tidur.

Sekian.


.


p/s: Jangan tak tidur malam! bangun awal takpe...

Eksperimen 1



Tujuan: mengkaji hubungan antara tidur malam dan kesannya terhadap fokus di dalam kelas pada keesokan hari.

Hipotesis: Jika seseorang tidak tidur malam, maka fokusnya di dalam kelas pada keesokan hari semakin meningkat.

Peralatan dan Bahan-bahan:

Buku Teks
Komputer
Pelajar (sukarela)
Bekalan makanan selama 6 jam

Kaedah eksperimen:

1. Eksperimen ini dibuat dalam jangka masa lebih dari 12 jam.
2. Letakkan pelajar, buku teks, komputer dan bekalan makanan dalam satu tempat.
3. Tunggu sehingga esok hari.
4. Pergi ke kelas seperti biasa, dan rekodkan pemerhatian.


bersambung...


p/s: eksperimen sedang dijalankan. Dilarang masuk.

Selasa, 18 Oktober 2011

Don't. -quoted-

Don't make decisions when you're angry.

Don't make promises when you're happy.

You'll regret the decisions later finding them to be senile and mad.

And you'll regret the promises finding that you,

In fact,

Promised more than you could deliver.

You'll regret doing either,

So DON'T.


.


p/s:  struggling  with report (T^T)

Ahad, 16 Oktober 2011

Hobi

Pakcik ini sedang melukis. Bukan mewarna.


Hobi. Ada banyak jenis hobi yang ada di dunia ini. Ada yang suka melancong, mewarna, bermaen gitar, dan tidak kurang juga yang suka menonton drama Korea.

Ok, yang terakhir tu bukan hobi.


.


p/s: menggunakan masa dengan berkesan! Ayuh!

Jumaat, 16 September 2011

Ranchang.

Ya.

Ini bukanlah satu perkara yang remeh. Peranchangan adalah salah satu perkara yang tidak dapat kita lari dalam hidup kita. Tanpa peranchangan, apa yang dibuat semua tak jadi. Malah ada kata-kata pujangga yang mengatakan bahawa jika kita gagal untuk meranchang, maka kita meranchang untuk gagal.

Peranchangan dibuat melalui pelbagai cara. Ada dengan cara bermesyuarat, ada ikut suka hati, dan tidak kurang juga ada yang menciplak ranchangan orang lain. Sebenarnya tidak ada cara yang spesifik untuk membuat peranchangan. Ikutlah kreativiti masing-masing.

Apa-apa pun, kita hanya mampu meranchang, dan hanya Dia yang membenarkan.


.


p/s: sedang membuat peranchangan masa panjang. moga-moga berhasil.

Selasa, 30 Ogos 2011

Eid Mubarak.

Satu Syawal. Hari kemenangan kepada semua Umat Islam, yang berpuasa penuh. Hari dimana Ramadhan, bulan yang pernuh dengan barokah meninggalkan kita.

Hari ini juga hari dimana bergemanya takbir raya. Hari bertemu sanak saudara. Hari bertemu semula dengan sahabat lama. Juga hari bertemu dengan sesiapa saja.

Hari ini juga ramai orang sibuk untuk meminta. Bukan meminta sedekah ataupun kerja. Hanya meminta maaf sesama mereka. Maaf dipinta, maaf diberi. Semoga ikatan silaturrahim kita terjalin rapi.


Eid Mubarak.


.


p/s: demam bukanlah alasan untuk tidak menyambut hari raya.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Rindu

Ah. Nak dekat-dekat dengan raya ni, rindu lupa aku dengan rumah kedua.

Ok. Si dia sekali.


.


p/s: menghitung hari-hari terakhir Ramadhan. Sedar tak sedar sudah nak habis.