Selasa, 30 Ogos 2011

Eid Mubarak.

Satu Syawal. Hari kemenangan kepada semua Umat Islam, yang berpuasa penuh. Hari dimana Ramadhan, bulan yang pernuh dengan barokah meninggalkan kita.

Hari ini juga hari dimana bergemanya takbir raya. Hari bertemu sanak saudara. Hari bertemu semula dengan sahabat lama. Juga hari bertemu dengan sesiapa saja.

Hari ini juga ramai orang sibuk untuk meminta. Bukan meminta sedekah ataupun kerja. Hanya meminta maaf sesama mereka. Maaf dipinta, maaf diberi. Semoga ikatan silaturrahim kita terjalin rapi.


Eid Mubarak.


.


p/s: demam bukanlah alasan untuk tidak menyambut hari raya.

Tiada ulasan: