Mula.
1 syawal, bersamaan dengan hari Jumaat, adalah hari raya aidil fitri. selepas kume pergi ke masjid untuk pergi solat sunat hari raya eidul fitri, kume dengan keluarga kume, seperti keluarga-keluarga yang lain, meminta maaf antara satu sama lain.
berebut cucu-cucu kume nak bersalaman dengan kume, kerana mereka tahu, kalau mereka salam, duit raya akan terlekat ditangan. termasuklah juga anak-anak dan menantu-menantuku. nahh... kume tidak kisah...
isteri-isteri kume pula sibuk menyediakan juadah dihari lebaran. senang hati kume semua ada orang tolong bereskan. naseb baik kume kawin empat...
syukur sebab tahun ini semua anak-anak kume datang balik beraya. takde la sunyi sangat. ada la jugak geng nak lawan meriam buluh dengan jiran sebelah.
.
p/s: post kali ini aq akan menggunakan kata ganti diri pertama 'kume' bagi menggantikan 'aq'. ini adalah untuk melatih diri menulis dalam bahasa melayu kuno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan