Isnin, 30 Januari 2012

Mudah alih.

Blogger.com sekarang ini menjadi semakin mudah. Kini para blogger boleh menaik tarikh (baca: update) blog mereka dimana-mana sahaja!


.


Ahad, 29 Januari 2012

Gitar #2

Pada suatu hari yang indah, pagi sabtu seingat aku, aku berjalan-jalan di taman. Orang kata, kalau jalan-jalan di taman, boleh luaskan pemandangan. Jadi aku membuat keputusan untuk meluaskan pemandangan aku yang semakin sempit ini.

Grennng, grrrrengggg, greeeeeeeeng...

Terdengar pula bunyi gitar. Dengan menggunakan deria pendengaranku, aku mencari dengan sepenuh tenaga, dari mana bunyi itu berbunyi. Kulihat kekiri, kulihat kekanan, tiada apa. Yang ada hanya cuma pohon-pohon yang berguguran daunnya.

"Mungkin pokok-pokok ini yang main rasanya", bisikku dalam hati. Pencarian bunyi gitar ini membuatkan aku sudah hilang waras.


Petikan dari 'Aku Seorang Pendengar Gitar'.





Isnin, 5 Disember 2011

Puisi

Kali ini ingin pula penulis bermadah.









Ish, tidak pula penulis pandai hendak bermadah.


.


p/s: mencarinotayanghilanguntukbelajardanmendapatkeputusanyangbaikdalampeperiksaanpertengahansemesternanti.

Isnin, 21 November 2011

Gitar

Aku punyai satu hobi. Hobi aku bermaen gitar. Aku tahu, ramai antara kamu fikir yang bermaen gitar itu hebat, kool, kacak, dan romantik. Dulu aku juga fikir begitu. Fikir yang diri sendiri ini hebat, kool, kacak dan romantis.

Tapi itu masa mula mula-mula aku mula bermaen gitar.

Semakin lama aku menceburkan diri dalam kancah pemetikan gitar ini, semakin ku rasakan yang diri aku ini langsung tidak kool. Langsung tidak hebat. Langsung tidak kacak. Serta langsung tidak romantis.

"Ah, adakah aku patut meneruskan hobi ini? Atau patutkah aku berhenti sahaja?", itulah antara persoalan-persoalan yang bermaen dalam fikiran aku, seorang pemetik gitar.


bersambung...


Petikan dari 'Aku Seorang Pemetik Gitar'.



Khamis, 3 November 2011

Picture of Friday.

Senyum.
and also The Word of The Day:

SMILE.


.


p/s: senyum itu satu sedekah. senang-senang je dapat pahala.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Eksperimen 1 (sambungan)

Keputusan:

Pelajar tidak bangun pagi.

Pertimbangan:

Tidur adalah sesuatu yang diperlukan oleh sesiapa sahaja, tidak kira anda masih belajar ataupun sudah berkerja. Tidur yang baik bukanlah terletak pada quantiti tidur tersebut, tetapi pada kualiti tidur.

Sekian.


.


p/s: Jangan tak tidur malam! bangun awal takpe...

Eksperimen 1



Tujuan: mengkaji hubungan antara tidur malam dan kesannya terhadap fokus di dalam kelas pada keesokan hari.

Hipotesis: Jika seseorang tidak tidur malam, maka fokusnya di dalam kelas pada keesokan hari semakin meningkat.

Peralatan dan Bahan-bahan:

Buku Teks
Komputer
Pelajar (sukarela)
Bekalan makanan selama 6 jam

Kaedah eksperimen:

1. Eksperimen ini dibuat dalam jangka masa lebih dari 12 jam.
2. Letakkan pelajar, buku teks, komputer dan bekalan makanan dalam satu tempat.
3. Tunggu sehingga esok hari.
4. Pergi ke kelas seperti biasa, dan rekodkan pemerhatian.


bersambung...


p/s: eksperimen sedang dijalankan. Dilarang masuk.

Selasa, 18 Oktober 2011

Don't. -quoted-

Don't make decisions when you're angry.

Don't make promises when you're happy.

You'll regret the decisions later finding them to be senile and mad.

And you'll regret the promises finding that you,

In fact,

Promised more than you could deliver.

You'll regret doing either,

So DON'T.


.


p/s:  struggling  with report (T^T)