Khamis, 7 Julai 2011

Wau.

Suatu petang di hadapan perpustakaan, berdirinya dua orang lelaki. Seorang berbangsa Vietnam, dan semorang lagi berbangsa Malaysia. Mereka berdua kelihatan resah sekali. Mungkin kerana ada masalah perut agaknya.

"abis tu, ,sekarang ni nak buat macam mane?", tanya lelaki Vietnam, sambil menggaru kepalanya.

"entah. redha je lah kot", lelaki berbangsa Malaysia tadi membalas, dengan mengangkat kedua bahunya.

Setelah diselidik, rupa-rupanya mereka mempunyai masalah untuk membuat laporan. Dan laporan itu harus dihantar petang itu juga.

Wau. Memang tidak dijangka, betapa sukarnya ujian Allah. Ini baharu sahaja ujian di dunia. Belum lagi di Akhirat sana.

Ya, amat sukat.

Akan tetapi, Allah telah berfirman, bahawasanya Dia tidak akan membebani hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu untuk memikulnya.


.


p/s: jangan lupa tengok papan kenyataan. mane tau kalau ade pertukaran kelas ke....x de la kelam kabut macam tadi...

Selasa, 5 Julai 2011

Tersedar.

"Huagh~~~"*bunyi menguap.
"Dah pukul berapa ni?", dengusku seorang diri, dalam hati.

0304. Itulah waktu aku tersedar pagi ini. Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan nyawa oleh Yang Maha Esa. Hari ini tersedar sedikit awal dari biasa. Mungkin kerana tertidur awal semalam.

Pagi ini merupakan pagi yang indah; burung gagak berkicauan, semut bernari-narian, cengkerik bersiulan, dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Ya. Sungguh indah alam di pagi hari.

Bangun pagi. Sesuatu perkara yang nampak mudah, dilihat sangat senang, namun melaksanakannya amatlah sukar. Penulis yakin dimana ramai dalam kalangan pembaca yang mengalami masalah bangun awal. Bak kata housemateku, langkah pertama adalah langkah yang paling sukar, terutamanya ketika bangun tidur.

Oleh itu, apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan untuk bangun awal?

Apa yang patut kita lakukan sebelum tidur? Apa yang harus kita lakukan semasa hendak bangun dari tidur? Dan apa yang mesti kita lakukan semasa tidur?

Klik sahaja 'disini'. Penulis ada kerja yang mahu dilakukan.

p/s: dah bangun pagi ni, apa kata isikan pagi ni dengan benda yang ada pekdoh, yedok?

Selasa, 28 Jun 2011

Lengkapkanlah.

Rasulullah SAW dalam riwayat Tarmizi bersabda:
Maksudnya:


"Tiada pemberian daripada seorang ayah yang lebih baik daripada adab yang mulia"


Dalam sabda lain melalui riwayat Al-Tabarani, Baginda SAW menyebut, maksudnya:

"Lengkapkan anak-anak mu dengan tiga perkara: Cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi dan membaca al-Quran."


wow.


.



p/s: sedang bermuhasabah.

Jangan.

Di Jepun, musim panas merupakan musim yang dianggap sebagai musim yang panas. Semua benda nak komen 'panas! panas!'. Tapi, bagi kami rakyat negara yang mengharamkan pemakaian baju BERSIH, panas itu hanyalah mainan kanak-kanak.

"Eleh, panas siket je pon... tu pon nak bising-bising..", kata jiranku. Bukan orang tempatan.


.


p/s: kita patut bersyukur dengan setiap cuaca yang dialami setiap hari. Dia lebih mengetahui dari kita.

Ahad, 26 Jun 2011

Kehadapan.

Jam menunjukkan 2:35 pagi. Rakan serumahku masih belum tidur. Sedang bermain Bola Sepak Evolusi Profesional (Pro Evolution Soccer), dengan khusyuk. Katanya mahu menunggu subuh menjelma. Maklumlah, baru sahaja beli pengawal (controller). Katanya ada jualan murah.

Jam menunjukkan 2:41 pagi. Azan berkumandang. Agak sejuk pagi kali ini. Segala puji bagi Allah.


.


p/s: selamat pagi.

Sabtu, 25 Jun 2011

Tidak pernah.

"Ko ni, aku tengok ko makin hari makin serabut. Ko ok x?" bertanya roomateku, sambil menggoreng ayamnya.

"Aku ok je. Biasela tu. Serabut-serabut ni fesyen zaman sekarang. Kita kena ikot perkembangan semasa", jawabku sambil gelabah semacam.

Serabut. Tidak terurus. Not-organize. Pening. Dan Gelabah semacam.

Itulah antara sindrom-sindrom yang dihadapi oleh setiap insan yang bergelar pelajar. Memamg tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita memang tidak dapat lari dari merasai perkara sebegini dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.Nak-nak kalau hampir kepada peperiksaan.

Akan tetapi, perkara-perkara sebegini kita boleh atasi, walaupun tidak 100%. Bagaimanakah caranya?

Kita semua tahu.

Kita semua selalu buat.

Jadi, mari kita laksanakannya dengan ikhlas, dan mengharapkan keredhaan-Nya.


.


p/s: kepada insan2 yang bakal menghadapi peperiksaan, saya doakan anda tenang, ingat apa yang dipelajari dan semoga berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Rabu, 22 Jun 2011

Handal 2.

Rabu. Hari diantra hari Khamis dan hari Selasa. Hari dimana pelajar-pelajar sekolah diwajibkan memakai uniform kadet masing-masing. Ditekankan disini, Kadet masing.-masing. Bukan menyamar menjadi ahli kadet lain. Ok. Mungkin aku seorang sahaja yang melakukannya.

Oh ya, bercakap mengenai hari Rabu, iaitu hari selepasnya hari Selasa, teringat pula yang lusa merupakan hari Jumaat. Sedar tidak sedar, sudah seminggu berlalu. Betapa pantasnya masa dirasai sekarang.

"Ada apa dengan hari Jumaat?", mungkin itu persoalan yang timbul dan bermain-main dalam fikiran anda. Betul bukan?

Salah? Okfine.


.


p/s: hari Jumaat ni dapat duit belanja. agak seronok, jadi
pasni kenalah study seimbang dengan jumlah yang diberi. -quoted-

Ahad, 19 Jun 2011

Post ini adalah khas untuk bapa-bapa.

Salam sejahtera.

Tanggal 19 Jun 2011 merupakan hari yang bersejarah buat bapa-bapa seluruh dunia. Ok, mungkin sebahagian besar dunia. Hari ini adalah hari dimana seperti hari-hari yang diwujudkan untuk menghargai sesuatu, seperti Hari Ibu, Hari Guru mahupun Hari Jumaat. (ini bukan lawak. sila jangan gelak. serius.)

Hari Bapa. Mungkin dalam kalangan kita ada yang sudah kehilangan bapa, tetapi itu bukanlah satu sebab untuk menghalang kita dari menyambutnya. Dan aku bersyukur, bersyukur kepada-Nya, yang bahawa Ayahku, Abdul Jalil Bin Abdullah, masih lagi dipanjangkan usianya, diberi nikmat kesihatan kepadanya, diberi ketenangan hidup oleh Allah SWT.

Alhamdulillah.


.


p/s: Dengan ini, saya mengishtiharkan, Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa, ayah-ayah, abi-abi, papa-papa, atau apa-apa sahaja, tidak terlupa juga kepada bakal bapa. SELAMAT HARI BAPA!