Jumaat, 17 Jun 2011

Handal.

"nak tanya kenapa dengan awak sekarang ni? saya betol-betol tak paham awak dah. Maybe awak ada masalah kat sana..." kata seorang watak didalam drama yang ditonton rakanku. Sudah tentulah drama Kore......oh, nanti. Tidak perlulah saya kata sebut drama mana.

Ya, Jumaat. Penghulu segala hari. Tiada hari yang lebih 'taiko' dan otai dari hari Jumaat. Bangsa jepun sendiri mengiktiraf Jumaat sebagai hari emas (金). Punyalah hebatnya hari Jumaat ini.

Oh ya. Pada hari Jumaat jugalah aku terlewat bangun. Memang terbaik...

Baik punya..-Dafiun-


.


p/s: malam ini ada tahlil. mari kita sama-sama memeriahkan majlis. InsyaAllah. 

Baik pulak aku time hari jumaat ni.

Ahad, 12 Jun 2011

Benar. Benar.

Rumah. Dalam tilisan Jawi: رومه. Merupakan sebuah tempat kediaman manusia yang mempunyai dinding dan bumbung yang dapat menahan dari kerpasan, angin, kepanasan, kesejukan dan penceroboh. Kadangkala rumah juga didiami haiwan, namun tempat tinggal yang khusus untuk haiwan biasanya dipanggil kandang atau sarang.

Itulah definisi yang diberikan oleh Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Ianya adalah satu definisi yang skema untuk diucapkan apabila ditanya "apakah yang anda faham, rasa, dan mengerti tentang maksud rumah (home)".

Soalan yang susah bukan?

Nahhh...

p/s: rumah (home) adalah satu tempat dimana kita berasa selesa, selamat, dan damai apabila berada disana. Rumah tidak semestinya perlu mempunyai bumbung, tidak semestinya mempunyai tab mandi yang besar, dan juga tidak perlu katil yang besar dan empuk. Itulah definisi rumah, bagi saya.


now playing: Dancing Queen, ABBA, 1976.

Rabu, 8 Jun 2011

Kembali kepada Fitrah.

Salam sejahtera.

Jam menunjukkan 21:16.

Kulihat seorang amoi Vietnam tekun menelaah pelajarannya.

 Tanpa jemu.

Tanpa rasa bosan.

Gembira. Riang. Dan bertenaga.

Aku pula, masih lagi mencari-cari apa yang perlu dibuat oleh seorang pelajar, sedangkan aku sudah menjalani kehidupan sebagai sorang pelajar sudah hampir 13 tahun.

Masih lagi mencari.

Mencari apa yang patut aku lakukan.

Sebagai seorang pelajar. Ya, seorang pelajar.

Dan sekarang ini aku sudah sampai tahap dimana aku merasakan diri aku ingin berputus asa.

Patutkah. Perlukah. Hanya Dia yang maha mengetahui.

Kembali kepada Fitrah.


.



p/s: Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan ALLAH itu melainkan kaum yang kafir (Surah Yusuf-12, ayat 87)

Isnin, 6 Jun 2011

Terbaca.

Hari yang indah untuk membuat report. Hari yang indah untuk menjawab soalan mid sem. Dan juga hari yang indah untuk menyiapkan report. Itulah hari Isnin.

Sedang berehat sebentar daripada tekanan report, aku cuba membuka link blogger. Aku dapati seorang daripada rakanku sudah kembali menulis. Tarikh terakhir menulis adalah pada 1 May 2011. Tahniah.


.


p/s: sedang menyiapkan kerja. satu habuk tak buat apa.


now playing: All The Small Thing, Blink 182.

Selasa, 31 Mei 2011

Pengintip.

Pengintip. Stalker. Pengintai. DAn perkara-perkara yang sama jenis dengannya.

Itu semua perkara yang aku fikir amat sesuai dilakukan di waktu lapang.

Dahulu.

Muda-muda dahulu.

Dan waktu itu ake merasakan perkara itu adalah sesuatu yang sejuk (kool), dan macho.

Itu dahulu. Dahulu punya cerita.

Selepas kejadian itu, aku berjanji kepada diriku, "aku tidak akan stalk lagi".


.


p/s: aku kena stalk dengan budak. Serius, budak.

Rabu, 25 Mei 2011

Al-Fatihah.

Semenjak aku duduk di bumi sakura ini, banyak perkara yang aku tidak tahu tentang Malaysia.

Ingin juga mahu bertanya khabar insan yang menyimbah asid ke muka mangsanya.

Ingin juga tahu tentang perkembangan kilang yang termasyhur di Gebeng.

Ingin juga rasanya menziarahi anak-anak yatim yang ditimpa kemalangan alam itu.

Al-Fatihah buat mereka yang pergi menemui penciptanya.


.

p/s: kepada pihak-pihak yang berkenaan, sila bincang kembali mengenai kilang pemprosesan bahan nadir di Pahang.

Isnin, 23 Mei 2011

Agak lama sebenarnya.

Ahad, 10 Oktober 2010.

Itulah tarikh terakhir blog ini ditulis. Ya, memang agak lama penulis menghilangkan diri.

Tapi, dia dah kembali, dengan serius, garang, macho dan gelabah. Dia sudah kembali.


.



p/s: mungkin lepas ni nak buat post bergambar.

Ahad, 10 Oktober 2010

Terbang jika mahu hidup.



jangan fikir Turki tiada band yang bagus.